suria

Rempuh penghadang besi, pelumba basikal nyaris hilang gigi depan

Pelumba itu melanggar penghadang besi selepas dia dirempuh oleh ahli pasukannya sendiri.

SEORANG pelumba basikal nyaris cedera apabila dia merempuh penghadang besi yang memisahkan kawasan penonton dalam kejohanan Triatlon Liga Super di Toulouse, Perancis.

Nicole van der Kaay pada ketika itu sedang berlumba bersama rakan sepasukannya Alice Betto sebelum berlaku pelanggaran antara mereka.

Ia menyebabkan basikal Van der Kaay berpusing ke arah tepi jalan dan melanggar penghadang besi yang dipasang untuk kejohanan berkenaan.

Menerusi foto tular, wajah Van der Kaay dilihat terkena palang besi itu, sekali gus menyebabkan penonton risau akan keadaannya.

Akibatnya, Van der Kaay terpaksa keluar daripada perlumbaan dan hanya menamatkan perlumbaan siri kejuaraan itu di tempat ke-11.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Betto menduduki tempat ke-8. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain