suria

Gara-gara 'tracker' rosak, 11,000 peserta maraton dibatal kelayakan… Siap didakwa guna pengangkutan awam

Larian maraton mendapat penyertaan daripada 30,000 masyarakat.

PENGANJUR Maraton Mexico City telah melucutkan kelayakan 11,000 pelari selepas kesemuanya didapati menipu.

Ia berdasarkan siasatan menerusi penjejak elektronik (tracker) yang dipakai peserta terlibat mendapati kaedah yang dilakukan untuk menipu termasuk menggunakan kereta dan pengangkutan awam semasa perlumbaan.

Menurut Marca, siasatan tersebut dilancarkan oleh Institut Sukan Mexico City selepas penganjur menerima beberapa aduan berhubung pelari yang gagal menamatkan saingan.

Institut Sukan Mexico City memaklumkan bahawa mereka akan terus mengenal pasti kes-kes di mana peserta XL Mexico City Marathon Telcel 2023 telah menunjukkan sikap tidak sepatutnya semasa acara itu dan akan membatalkan masa pendaftaran mereka.

"Acara hebat ini bukan sahaja mewakili perayaan yang luar biasa untuk semua penduduk ibu kota, tetapi juga kesempatan untuk menegaskan semula nilai rohani sukan.

Pun begitu, sesetengah pelari mendakwa bahawa penjejak mereka tidak berfungsi dengan betul dan mereka tidak menipu.

Mereka juga berpendapat bahawa penjejak yang rosak menyebabkan masa direkodkan dengan tidak tepat meskipun melalui pusat pemeriksaan.

Ini bukan kali pertama beribu-ribu pesaing telah hilang kelayakan daripada Maraton Mexico City. Sebelum ini, 6,000 pelari telah dibatalkan penyertaan pada 2017 selepas 20 peratus daripadanya gagal menamatkan saingan.

Setahun kemudian, 3,090 pelari telah dibatalkan keputusan perlumbaan mereka oleh penganjur. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain