SELAMAT tinggal Hansi Flick! Kekalahan yang mengaibkan di tangan Jepun dengan keputusan 4-1 menyebabkan Jerman memecat jurulatih Hansi Flick hanya sembilan bulan sebelum menjadi tuan rumah Euro 2024. Flick merupakan ketua jurulatih Jerman pertama dan satu-satunya yang dipecat sejak jawatan itu diperkenalkan pada tahun 1926. Pengarah sukan Rudi Voeller, yang melatih pasukan ke final Piala Dunia 2022 menentang Brazil, akan mengambil alih secara sementara dengan penggantinya akan diumumkan kemudian. Ketua Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) Bernd Neuendorf berkata, pemecatan itu "tidak dapat dielakkan" selepas rentetan keputusan mengecewakan pasukan itu akhir-akhir ini. "Memandangkan Kejohanan Eropah akan diadakan di negara sendiri, kami memerlukan semangat optimis dan yakin," kata Bernd Neuendorf. Jerman kini tewas empat daripada enam perlawanan sejak tersingkir awal pada Piala Dunia Disember lalu. Euro 2024 bermula di Jerman pada Jun 2024. - ESPN Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube