suria

Simpati nasib rakyat Maghribi, Ronaldo sediakan hotel miliknya buat mangsa gempa bumi

Ronaldo menyediakan tempat tinggal percuma kepada mangsa gempa bumi Maghribi.

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo membuka Hotel Pestana CR7 miliknya sebagai tempat perlindungan buat mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Maghribi.

Ia merupakan salah satu usaha murni Ronaldo bagi meringankan penderitaan mangsa gempa bumi dengan menawarkan hotelnya sebagai penginapan sementara.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu ciapan di X (Twitter), ChristianoXtra_.

“Cristiano Ronaldo menjadikan Hotel Pestana CR7 miliknya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan kepada mereka yang terkesan dengan gempa bumi di Maghribi,” tulisnya.

Bintang Portugal dan Al-Nassr itu memiliki rangkaian hotel di Eropah dan Timur Tengah.

Pestana CR7 yang terletak di pinggir bandar Marrakech merupakan hotel empat bintang dan mempunyai kemudahan kolam renang, pusat kecergasan dan restoran.

Untuk rekod, angka kematian akibat gempa kuat yang melanda Maghribi kini meningkat kepada lebih 2,000 dengan kemusnahan menyeluruh di beberapa kawasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain