BEKAS penjaga gol Jerman Benedikt Pliquett, yang memiliki beberapa kedai 'seks', didakwa mengendap dan merompak isterinya yang tinggal berasingan. Susulan kejadian itu, dia kini berdepan dengan hukuman penjara. Pliquett, 38, bermain sembilan tahun di kelab Jerman St Pauli selepas melalui barisan remaja di Hamburger SV dan kemudian bermain di Austria bersama Sturm Graz dan Sepanyol bersama Atletico Baleares. Penjaga gol itu bersara pada 2016 dan kembali ke kampung halamannya di Hamburg dan membuka beberapa kedai seks dan bar. Bagaimanapun, dia kini bakal dipenjara selepas dilaporkan menyerang isterinya sendiri. Menurut akhbar Jerman Bild, Pliquett mengekori isterinya yang berusia 27 tahun bersama teman lelaki baharu sebelum serangan berlaku sebagaimana didakwa. Jurucakap polis mengesahkan kepada Bild bahawa siasatan terhadap insiden rompakan dijalankan. Pliquett berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube