PEMAIN badminton beregu negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Mawar Mutiara hanya dengan sekali lafaz sahaja. Difahamkan, Nur Izzuddin atau mesra disapa Din Masjid dan pasangan dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak pada Jumaat. Berita baik itu dikongsikan menerusi beberapa video di laman sosial juga Instagram milik pasangan itu sendiri yang mengenakan busana sedondon berwarna putih. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah satu hantaran di Instagram Story yang dikongsikan semula oleh Din Masjid apabila hidungnya berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa akad nikah. Tangkap layar hantaran dikongsikan semula oleh Izzuddin di Instagram Story. “Dari kecil sampai ke besar kita sama-sama Din. Kali ini aku tak boleh nak follow. Kau jalan dulu (kahwin) Din. Tahniah untuk korang berdua. Semoga mahligai yang dibina ni sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. “Tapi hidung berdarah terkena baju sebelum sampai masjid tu memang rare Din. Punya la kau takut tok kadi tu, dari pair Taipei (perlawanan badminton) hari tu Din,” tulisnya. Sebelum ini, ketampanan pemain badminton berusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube