suria

Penyokong Liverpool pakai baju 'Bebaskan Palestin' dihalau dari Anfield

Penyokong terbabit dikawal oleh pengawal keluar stadium.

GARA-GARA memakai baju yang memaparkan simbol genggaman tangan berlatarkan bendera Palestin, seorang penyokong Liverpool dihalau keluar dari Stadium.

Dia kemudian meluahkan perasaan dan mengakui 'tidak akan kembali' ke Anfield selepas mendakwa bendera Palestin serta baju hoodie telah diambil semasa perlawanan Liga Europa menentang Toulouse pada Khamis.

Mengakui peminat pasukan itu sejak usia lima tahun, penyokong terbabit turut mendakwa melakukan perjalanan sehingga tiga jam untuk menghadiri perlawanan di tempat sendiri.

Malah dia merujuk tindakan penyokong sebelum ini yang dibenarkan membawa bendera Ukraine ke dalam stadium di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas negara itu pada 2022.

Pun begitu, Liverpool telah mengeluarkan kenyataan sebelum perlawanan memberitahu peminat bendera Israel dan Palestin tidak boleh dibawa masuk ke stadium.

Kelab menyatakan keputusan itu adalah bebas daripada dasar bendera sedia ada The Reds dan bendera negara tersebut secara khusus disebut.

Sementara itu, Mirror Football telah menghubungi Liverpool untuk mengulas mengenai komen peminat, yang menggunakan pemegang '@lfcrazz' di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain