suria

Bekas penyerang Ghana rebah atas padang, meninggal dunia ketika perlawanan

Pemain bola sepak Ghana maut kerana serangan jantung ketika sedang beraksi.

AJAL boleh menjemput pada bila-bila masa.

Bekas penyerang Ghana, Raphael Dwamena meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika perlawanan liga Albania antara KF Egnatia dan FK Partizani semalam.

"Pasukan perubatan bergegas membawanya ke hospital, dan dia meninggal dunia pada usia 28," kata Persekutuan Bolasepak Albania.

Dwamena pernah dianggap antara bintang sedang meningkat naik negara itu, tetapi berdepan masalah jantung yang menjejaskan kariernya.

Pada tahun 2017, penyerang itu gagal menyertai Brighton kerana masalah kesihatan, dan dia terpaksa berpindah ke Sepanyol.

Empat tahun kemudian, Dwamena tumbang ketika aksi di Austria antara pasukannya Blau-Weiss Linz menentang Hartberg, dia kembali pulih dan meneruskan karienya.

Sebelum insiden itu, Dwamena menjalani pembedahan jantung pada tahun 2020 dan mampu meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Dia kemudian berkelana ke Denmark, Austria dan Switzerland sebelum menyertai kelab Albania, KF Egnatia pada Januari tahun ini.

Dwamena sedang mendahului senarai penjaring liga Albania musim ini dengan sembilan gol. -

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain