suria

Rumah diceroboh geng penjenayah, teman wanita dan bayi Neymar nyaris diculik

Bruna Biancardi dan Mavie nyaris diculik geng penjenayah yang menceroboh kediamannya. -Gambar Instagram

KEDIAMAN teman wanita Neymar, Bruna Biancardi yang terletak di Cotia, Sao Paulo telah diceroboh dan dirompak oleh kumpulan penjenayah, dalam satu kejadian pada Selasa lalu.

Ketika kejadian, ibu bapa Bruna berada di rumah dan telah diikat, namun tidak mengalami kecederaan.

Menurut Pengawal Awam Perbandaran (GCM), salah seorang daripada tiga suspek yang berjaya ditahan merupakan penduduk di kondominium yang sama dengan Bruna, yang mana membolehkan dia membenarkan dua rakan penjenayah lain masuk ke residen.

Dua daripada suspek dilaporkan mencari Bruna dan bayi perempuannya, iaitu Mavie.

Bagaimanapun, influencer itu dan bayinya tidak berada di kediaman semasa pencerobohan.

Jiran-jiran menghubungi pihak berkuasa selepas menyedari ada sesuatu yang pelik berlaku di dalam rumah influencer tersebut.

Bagaimanapun, dua suspek yang berjaya bolos melarikan beg tangan mewah, jam tangan dan barang kemas. -Marca

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain