SEORANG ahli bina badan wanita menampilkan kelainan dengan melakukan senaman di tanah perkuburan. Andrea Sunshine, model Brazil itu suka melakukan angkat berat tak kira di mana saja. Baru-baru ini dia bersenam di tanah perkuburan. Bermula dengan keberanian, Andrea kini berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk bersama-sama dan memecahkan sigma yang berkaitan dengan latihan dalam persekitaran luar biasa. Dia memulakan latihan di tanah perkuburan selepas tidak tahan sering diganggu di gim. Andrea, yang mempunyai 511,000 peminat Instagram berkata: "Orang mati tidak mengganggu saya." “Saya bosan dibuli di gim hanya kerana cantik dan berbadan berotot. Sekarang saya hanya pergi ke gim apabila ia benar-benar kosong. "Jika tidak, saya pergi ke tanah perkuburan dan bersenam dengan jiwa yang tenang," katanya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube