suria

Menangis sebab kalah, Novak Djokovic pujuk pemain lawan... Berpelukan tepi gelanggang

Djokovic memujuk Dimitrov yang menangis selepas kalah perlawanan tenis pada Ahad. -Gambar Eurosport.

DI sebalik aksi garangnya dalam gelanggang, Novak Djokovic merupakan pemain tenis yang berhati baik.

Baru-baru ini, Djokovic dilihat meninggalkan wawancara langsung dengan sebuah stesen televisyen untuk memujuk lawannya yang sedang menangis.

Detik penuh beremosi itu berlaku sejurus Djokovic mengalahkan Grigor Dimitrov dalam perlawanan akhir Paris Masters pada Ahad.

Djokovic yang sedang bercakap dengan pemberita dilihat mendekati Dimitrov kerana pemain itu menangis akibat kekalahannya.

Aksi Djokovic itu turut dikongsi ke media sosial sehingga dia menerima pujian ramai peminat.

"Djokovic merupakan atlet yang berhati mulia. Saya respect atlet seperti ini," tulis seorang peminat. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube