PEMILIK AC Milan, Gerry Cardinale dilaporkan bertemu dengan Zlatan Ibrahimovic pada Isnin untuk membincangkan mengenai kepulangan bintang veteran tersebut ke kelab berkenaan. Bekas penyerang itu berada di Milan untuk menghadiri aksi Liga Juara-Juara pada Selasa antara AC Milan dengan Paris Saint-Germain (PSG). Ibrahimovic, 41, dilaporkan masih belum bersetuju untuk kembali semula selepas mengumumkan persaraannya pada Jun lalu. Dia sebaliknya mahukan kejelasan mengenai peranan dan tanggungjawabnya di kelab. Ibrahimovic dikatakan tidak berminat untuk menjadi tokoh semata-mata dan sebaliknya mahukan peranan yang lebih aktif. Milan percaya Ibrahimovic boleh menjadi aset yang baik kepada kakitangan belakang tabir, justeru perbincangan dilaporkan akan terus berjalan sehingga mencapai persetujuan. -Footballitalia Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube