SEORANG pemain lawan pedang wanita Korea Selatan, Nam Hyun Hee baru-baru ini mendapati dirinya terlibat dalam skandal penipuan sehingga menggemparkan negara Asia. Mana tidaknya, ‘tunang’ yang diperkenalkan kepada dunia selepas 12 tahun hidup bercerai dengan bekas suami, rupa-rupanya merupakan seorang wanita. Malah dia hanya menyedari perkara tersebut apabila beberapa pelayar media sosial mendedahkan identiti wanita terbabit selepas gambar mereka tersebar. Pun begitu, netizen tidak menafikan bahawa ‘tunang’ atlet itu sering disangka sebagai seorang lelaki. Bahkan identitinya hanya terbongkar selepas pasukan polis menunjukkan sekeping gambar perempuan yang menyerupainya. Pun begitu, atlet terbaik berusia 42 tahun itu cuba untuk melindungi tunangnya dengan mengangam akan mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang cuba memburukkan bakal suaminya. Di sebalik usahanya itu, pelbagai pembongkaran terus muncul dalam talian. Malah sebuah saluran berita yang boleh dipercayai melaporkan bahawa tuangnya adalah seorang pelajar perempuan yang bersekolah di Korea Horseman High School, sebuah institusi yang pakar dalam latihan ekuestrian, bersama-sama dengan gambarnya. Sumber lain mendakwa wanita itu adalah bekas banduan yang pernah dipenjarakan atas pelbagai tuduhan penipuan serta peras ugut. - Oddicity Central Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube