suria

Pemain bola sepak Brazil maut ditembak ketika bercuti di kampung halaman

Diogo bermain untuk Sao Bernardo FC. -Gambar AvaiFC

PEMAIN bola sepak Brazil, Felipe Diogo telah ditembak mati di kampung halamannya di Ribeirao Preto, Sao Paulo, pada Selasa.

Penyerang berusia 21 tahun itu bermain untuk Sao Bernardo FC dalam Serie C.

Menurut laporan media tempatan, Diogo telah pulang ke kampung halamannya untuk bercuti apabila dia ditembak oleh seorang lelaki bersenjata di jalanan.

Dia terkena 10 das tembakan dan meninggal dunia di Unit Rawatan Kecemasan Simioni.

Motif pembunuhannya tidak diketahui dan polis masih menjalankan siasatan.

Diogo menyertai Sao Bernardo FC pada tahun lalu.

Dia telah membuat lima penampilan dalam kempen semasa. Secara keseluruhan, dia membuat 18 penampilan untuk kelab tersebut dan menjaringkan empat gol. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut