suria

Bawa bekal, pakai kasut Crocs... Juara heavyweight MMA selesa gaya hidup sederhana

Tyson Fury mengenakan kasut Crocs yang bernilai kira-kira RM40.

MESKIPUN memperoleh lebih RM956.2 juta hasil kemenangan ketika menentang bekas juara dunia kelas berat MMA, Tyson Fury masih mengekalkan kehidupan yang sederhana.

Bahkan, dia masih mengenakan kasut Crocs yang bernilai kira-kira RM40 (£7) dan membawa bekal yang dibuat isterinya, Paris Fury.

Terdahulu, dia memenangi sejumlah besar wang tunai menerusi pertembungan 'Battle of the Baddest' menentang bekas juara UFC Francis Ngannou di Arab Saudi.

Memetik laporan Daily Star, Fury dikatakan berada dalam kedudukan yang dicemburui kerana mampu membeli apa sahaja yang dia mahukan.

“Saya percaya saya baru sahaja menandatangani perjanjian terbesar dalam sejarah tinju British.

“Saya tidak dibenarkan bercakap tentang nombor tetapi jumlah (wang tunai) itu besar, tersangat besar... tetapi ia tidak mengubah saya.

"Saya masih mempunyai makan tengah hari yang dibekalkan isteri saya dan Crocs. Saya suka masakan isteri saya, dia perlu membuat sandwic untuk makan tengah hari apabila pulang ke rumah,” ujarnya.

Fury juga memasang impian untuk mendahului senarai individu terkaya dalam Forbes.

"Saya mahu mendahului senarai kaya Forbes.

“Dan saya fikir saya akan melakukannya pada penghujung tahun ini atau akan datang. Saya mahu menjadi penerima nombor satu dalam semua sukan dan itu sahaja yang saya mahu lakukan seterusnya, satu-satunya matlamat saya sekarang," tambahnya.

Selepas Ngannou, Fury bersedia untuk menentang Oleksandr Usyk pada 23 Disember untuk kejuaraan heavyweight.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan