suria

Arsene Wenger simpati nasib Manchester United - “Ini pasukan yang sudah tiada harapan”

Arsene Wenger berasa simpati dengan prestasi semasa Manchester United. -Foto Daily Mail

PRESTASI Manchester United semakin menghampakan selepas pertembungan dengan musuh tradisi, Manchester City.

Dalam perlawanan jiran tetangga tersebut, Manchester United dibenam 3-0 hasil dua jaringan Erling Haaland dan satu gol sumbangan Phil Foden.

Sementara itu, bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan The Red Devils adalah pasukan yang tidak lagi mempunyai harapan dan menzahirkan rasa simpati.

"Saya boleh katakan yang jurang kedua-dua pasukan semakin besar ketika perlawanan terus berlangsung.

"Sebagai pasukan besar seperti United, anda akan kasihan kerana tiada harapan buat mereka.

"Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bertambah baik. Mereka sudah hilang keyakinan, kualiti dan juga semangat pada hari perlawanan.

"Saya boleh katakan mereka tidak ada semangat juang," kata Wenger. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain