KAKAK Cristiano Ronaldo terus memberi sokongan adiknya meskipun kemenangan Lionel Messi merangkul gelaran Ballon d'Or kelapan. Messi terpilih selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu - meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan. Walaupun ramai yang memuji pemain berusia 36 tahun itu atas pencapaian yang belum pernah berlaku sebelum ini, namun segelintirnya mendakwa hadiah itu hanya sekadar anugerah pencapaian seumur hidup. Imej itu disertakan dengan kapsyen 'Diperolehi, tidak diberikan'. Katia Aveiro, 46, kelihatan bersetuju dengan perkara itu ketika mengulas di laman sosial ang memuji eksploitasi hebat pemain Portugal itu sejurus selepas majlis berlangsung pada Isnin lalu. Menerusi hantaran di laman X, pemain berusia 38 tahun itu dihujani penghormatan terhadap Ronaldo termasuk tiga anugerah Pemain Terbaik Lelaki UEFA, empat Kasut Emas Eropah dan lima Ballon d'Ors. Aveiro memberi tanda suka pada hantaran itu dengan lima emoji bertepuk tangan, berkemungkinan setuju dengan perkara tersebut atau menekankan mengenai sokongannya terhadap Ronaldo. - Mail Online Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube