suria

Messi tak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026

Messi yang juga kapten Argentina tidak menolak beraksi pada Piala Dunia 2026. -Gambar Reuters

LIONEL Messi tidak menolak kemungkinan beraksi pada Piala Dunia pada 2026 walaupun mengakui mungkin masa tidak mengizinkannya.

Messi, yang baru-baru ini memenangi Ballon d'Or kelapan, menjulang Piala Dunia hampir setahun lalu selepas Argentina menewaskan Perancis pada perlawanan akhir di Doha, Qatar.

Bintang berusia 36 tahun itu sebelum ini berkata bahawa kejohanan di Qatar adalah yang terakhir untuknya dan dia tidak akan beraksi untuk kejohanan seterusnya yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Namun selepas perpindahan ke Liga Utama Bola Sepak bersama Inter Miami dan terus beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam kelayakan untuk 2026, dia berkata pintu masih terbuka.

"Saya tidak memikirkan tentang Piala Dunia dan saya tidak mengatakan 100 peratus bahawa saya tidak akan berada di sana kerana apa-apa boleh berlaku.

"Kerana usia saya, perkara yang kemungkinan berlaku ialah saya tidak akan berada di sana. Kemudian kita akan lihat," kata Messi dalam temu bual dengan Star Argentina

Kapten Argentina itu berkata tumpuannya kini adalah untuk saingan Copa America Jun ini yang akan diadakan di Amerika Syarikat. -Sportstar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain