MANCHESTER City didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris susulan tingkah laku pemain mereka ketika perlawanan menentang Tottenham hujung minggu lalu. Beberapa pemain bintang City, termasuk Erling Haaland yang berang, mengerumuni pengadil Simon Hooper selepas beliau gagal memberikan 'advantage' pada detik terakhir perlawanan. Haaland berterusan melahirkan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat ditiupkan. Haaland menyambung membantah selepas perlawanan itu dengan membuat hantaran klip insiden itu di laman X, dengan komen "WTF", satu perkataan kesat. FA mengeluarkan kenyataan memaklumkan City sudah didakwa. "Manchester City didakwa melanggar peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka mengerumuni pegawai perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur pada Ahad, 3 Disember 2023," kata badan induk itu dalam satu kenyataan. "Didakwa, pada minit ke-94 perlawanan, kelab itu gagal memastikan pemain mereka berkelakuan dengan cara yang wajar. "Manchester City diberi masa hingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu." Persatuan Bolasepak Inggeris. - The Guardian Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube