suria

Tak mampu tahan rasa sakit, Wes Lee umum rehat setahun... Cuti panjang untuk jalani pembedahan

Wes Lee cuti panjang demi merawat kecederaan dialami. -Gambar Instagram

BINTANG WWE Wes Lee akan berehat selama lapan atau 12 bulan selepas dia mengalami kecederaan teruk baru-baru ini.

Ketika khabar duka itu diumumkan, Wes Lee sebenarnya sedang membuat persiapan untuk menentang Dominik Mysterio dalam Kejohanan NXT Amerika Utara pada 9 Disember.

Malangnya, dia terpaksa mengumumkan pengunduran sementara itu kerana sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan.

"Kaki tak rasa apa-apa," ujar ahli gusti itu yang bakal menjalani pembedahan pada bahagian belakang tubuhnya tidak lama lagi.

Dalam episod terbaharu NXT minggu ini, Wes Lee juga dilihat berjalan dengan menggunakan bantuan tongkat. - Sportskeeda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain