suria

Game over! Genap 40 tahun, permainan video klasik 'ditewaskan' remaja milenia

Remaja 13 tahun berjaya 'tewaskan' Tetris.

PERMAINAN video menghapus blok yang jatuh dengan menyusunnya di dalam barisan lengkap, sangat terkenal dalam kalangan masyarakat era 80-an.

Dicipta oleh jurutera Soviet Alexey Pajitnov pada tahun 1984, Tetris merupakan permainan video klasik yang mempunyai 157 tahap.

Sejak diperkenalkan, tiada seorang pun yang mampu 'menyelesaikan' permainan video ini kerana semakin tinggi tahap, semakin laju gerakan blok.

Willie berjaya menamatkan kesemua level Tetris.

Willie berjaya menamatkan kesemua level Tetris.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang remaja berusia 13 tahun dari Oklahoma mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menyelesaikan kesemua tahap dalam tempoh 38 minit.

Menerusi rakaman di YouTube, Willie Gibson menyiarkan permainan video klasik itu tidak berfungsi apabila dia mencapai tahap 157.

Menggunakan nama 'blue scuti', dia mengakui hampir pengsan ketika bermain Tetris apabila berada di tahap yang tinggi.

"Ya tuhan saya... saya akan pengsan.

"Saya tidak dapat merasakan jari saya, saya tidak dapat merasakan tangan saya... saya akan pengsan," katanya. - Sky News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan