suria

Merokok ketika sertai pertandingan larian, penyertaan atlet 52 tahun dibatalkan penganjur

Chen merokok sepanjang larian maraton. -Gambar Weibo

PELARI maraton, Uncle Chen yang menghisap 42 batang rokok sepanjang acara larian hilang kelayakan walaupun berjaya menamatkan perlumbaan.

Dia yang digelar 'Smoking Brother' itu menyertai larian dalam acara Marathon Xiamen pada awal Januari yang dianjurkan oleh Xin'anhiang Marathon.

Pelumba berusia 52 tahun itu menduduki tempat ke-574 daripada lebih 1,500 pelari lain dengan catatan masa tiga jam 33 minit dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer.

Dia menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa lima minit lebih perlahan daripada penamat larian maraton iaitu tiga jam 28 minit pada tahun 2022.

Foto-foto menunjukkan Chen yang konsisten berlari sambil merokok sepanjang maraton juga tular di media sosial sejak kejadian itu.

Malah, pihak berkuasa di negara Asia turut melarang perbuatan itu dalam acara larian selepas ia dikuatkuasakan pada 2023.

Berikutan terpampangnya foto-foto berkenaan, kelayakan Chen pada kali ini dibatalkan kerana melanggar Artikel 2.12 tertulis dalam peraturan Marathon Xiamen.

Untuk rekod, Chen yang berasal dari China meraih populariti sejak tahun 2018 kerana sering merokok semasa menyertai acara larian.

Pada 2018, dia juga pernah ditangkap kerana merokok ketika berlari dalam acara Marathon Guangzhou. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube