suria

10 kali juara Terbuka Australia, rupanya ini rahsia Novak Djokovic

Djokovic sering bermeditasi di atas pokok.

SETIAP atlet pastinya mempunyai rutin harian yang membantu mereka mengekalkan stamina dan kecerdasan.

Begitu juga pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic yang tampil mendedahkan ‘hubungan istimewa’ dengan sebatang pokok di Melbourne, Australia, baru-baru ini.

Ia berikutan dia sering ditemui bermeditasi dan menenangkan dirinya di situ semasa kejohanan Terbuka Australia berlangsung.

Bahkan, Djokovic mengakui dia telah ‘bersama’ dengan pokok tersebut sejak 15 tahun lalu.

Menjelas mengenainya, pemuda berusia 36 tahun itu berkata, pokok tersebut umpama harta karun yang luar biasa di taman botani seterusnya menjadikan Melbourne kelihatan unik.

Dia bagaimanapun enggan menunjukkan pohon yang sering digunakan untuk bermeditasi itu supaya sentiasa mempunyai waktu tersendiri apabila melawatnya.

Terdahulu, Djokovic telah menyiarkan gambar dirinya di sekeliling pokok di media sosial, termasuk gambar di mana dia berkaki ayam dan berdiri di atas pokok di London pada 2018.

Pemain Serbia itu, yang cuba memenangi kejohanan grand slam pertama tahun ini, buat kali ke-11, berkonfrontasi dengan seorang pengkritik dalam perlawanan itu.

Dia mengambil isu dengan komen daripada penonton dan menghampiri individu tersebut untuk mengkritik secara langsung terhadapnya. - News Sky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain