SEORANG penyokong Leeds dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat atas stadium Stamford Bridge di London, United Kingdom (UK) ketika meraikan gol pasukan mereka menentang Chelsea dalam Piala FA. Anggota perubatan bergegas ke tempat kejadian dan merawat penyokong sebelum mengeluarkan mereka dari bahagian bawah. Insiden itu berlaku pada minit kelapan perlawanan selepas Mateo Joseph meletakkan kelab Championship itu di hadapan. Ribuan penyokong Leeds berkunjung ke London untuk menyaksikan perlawanan itu, dan gol tersebut mencetuskan sambutan liar di Shed End. Anggota perubatan dan pihak polis berada di lokasi kejadian. -Gambar AP Penyokong di tempat lawan memenuhi bahagian 'stand' menyebabkan mangsa kemudian terjatuh ke bawah. Walaupun kakitangan stadium dimaklumkan mengenai situasi itu, perlawanan bagaimanapun tidak dihentikan. Para penyokong masih boleh menyaksikan perlawanan, ramai bertepuk tangan apabila mangsa dibawa keluar dari stadium. Setakat berita ini ditulis, keadaan penyokong itu bagaimanapun tidak diketahui. Dalam pada itu, Joseph terus mempamerkan prestasi cemerlangnya dengan mengungguli gol kedua buat Leeds. Keputusan perlawanan berakhir dengan Chelsea menewaskan pencabarnya 3-2. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube