KAPSYEN ringkas yang dikongsikan di semua platform media sosial bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menarik perhatian ramai. Penyerang Al-Nassr itu memuat naik mesej tersebut adalah untuk merujuk kepada aksi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Al-Nassr dengan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain. "Saya bersedia untuk mengubahnya, InsyaAllah," tulisnya dalam hantaran dibuat pada Ahad. Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi maklum balas positif berikutan mesej yang cuba disampaikan bekas penyerang Manchester United itu. ARTIKEL BERKAITAN: Padah buat isyarat lucah, Ronaldo digantung satu perlawanan Ternyata tindakan tersebut dianggap Ronaldo semakin peka dalam menghormati budaya masyarakat Arab dan agama Islam oleh peminat. Untuk rekod, Al-Nassr bertemu Al-Ain pada Isnin bagi menentukan pasukan mana bakal mara ke peringkat separuh akhir ACL musim 2023 hingga 2024. Terdahulu, Ronaldo dikenakan penggantungan satu perlawanan gara-gara membuat isyarat lucah ketika di padang semasa aksi Liga Pro Saudi antara Al Nassr dan Al Shabab. Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengarahkan Ronaldo untuk membayar denda 10,000 riyal Saudi (RM12,700) kepada Persekutuan Bolasepak Saudi dan 20,000 riyal (RM25,410) kepada Al-Shabab untuk menampung kos yuran pemfailan aduan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube