suria

Menang kereta Porsche, bintang tenis Elena Rybakin mengaku tiada lesen memandu

Bintang tenis itu menerima Porsche Taycan 4S Sport Turismo selepas memenangi Grand Prix Tenis Porsche ke-47. -Foto Getty

BINTANG tenis, Elena Rybakina menerima sebuah kereta mewah selepas dia menjuarai pertandingan Grand Prix Tenis Porsche ke-47, baru-baru ini.

Pemain nombor dunia itu menewaskan Marta Kostyuk dari Ukraine 6-2, 6-2 pada perlawanan akhir, melayakkannya memenangi sebuah kereta mewah Porsche Taycan 4S Sport Turismo.

Bagaimanapun, wanita Kazakhstan berusia 24 tahun itu mengakui dia masih belum memiliki lesen memandu.

"Saya sebenarnya belum ada lesen memandu, jadi itulah sasaran saya selepas ini.

"Dah lama sebenarnya saya nak dapatkan lesen, tapi saya belum ada peluang. Saya tiada masa," ujarnya.

Menurut Rybakina lagi, dia mengikuti beberapa latihan memandu dan menyasarkan untuk mendapatkan lesen menjelang hujung tahun ini.

Untuk rekod, Rybakina memulakan karier dalam sukan tenis pada usia 14 tahun. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain