BINTANG WWE, John Cena berkata abangnya iaitu Steve berdepan banyak cabaran sejak kecil kerana memiliki perwatakan yang berbeza berbanding kanak-kanak biasa. Imbas Cena, Steve bukan sahaja gay, malah dia juga merupakan seorang kanak-kanak-kanak yang tidak pandai bergaul. Kata Cena, terbit rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk melindungi Steve sekiranya berlaku kes buli pada waktu itu. "Abang saya memang lurus bendul. Ketika itu tahun 1980-an. Kehidupan di sekolah sangat sukar untuk abang saya. "Dia bukan sahaja tidak pandai bergaul, malah dia juga gay. Menjadi seorang gay pada tahun 1980-an di bandar kecil seperti Massachusetts adalah satu cabaran besar. "Abang saya ada banyak karakter, tapi dia tak sama dengan budak-budak biasa. Dia juga suka berahsia," imbasnya. Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama Cena membuat pendedahan tentang orientasi seksual abangnya. Kisah mengenai abang Cena juga pernah diceritakan petinju dan aktor terkenal itu pada tahun 2013. Untuk rekod, Cena dilahirkan pada 23 April 1977 manakal Steve dilahirkan pada 29 September 1974. - Out. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube