suria

Baru selesai jalani pembedahan lutut, ahli bina badan tiba-tiba meninggal dunia

Gebhardt meninggal dunia pada Ahad.

AHLI bina badan profesional Kevin Gebhardt meninggal dunia pada usia 31 tahun, beberapa minggu selepas dia menjalani pembedahan lutut.

Gebhardt kali terakhir muncul di media sosial pada 26 April lalu.

Dalam hantaran Instagram itu, Gebhardt berkata dia sedang berehat di rumah selepas menjalani pembedahan.

Dia turut berkongsi foto memaparknya dirinya yang sedang duduk di atas kerusi roda dengan kecederaan pada lutut.

Sehingga kini, tiada butiran lanjut didedahkan tentang kematiannya.

Gebhardt meninggal dunia pada Ahad di kediamannya.

Untuk rekod, Gebhardt memulakan kerjaya bina badannya ketika berusia 14 tahun selepas diperkenalkan dengan sukan itu oleh bapa saudaranya.

Dia memenangi Kelayakan EVLS Prague pada 2018, serta menduduki 10 teratas dalam pelbagai pertandingan, termasuk 2021 Yamamoto Cup Pro, 2021 Egypt Pro dan 2021 EVLS Prague Pro.

Atlet Jerman itu juga turut bergelar sebagai jurulatih kepada ahli bina badan yang lebih muda. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain