LEGENDA bola keranjang China, Yi Jianlian kembali menjadi bualan selepas namanya terpalit dengan dakwaan skandal seks. Lebih mengejutkan, bekas pemain NBA berusia 36 tahun itu didakwa sanggup membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat pelacur. Perkara itu terbongkar selepas perbualan WeChat, didakwa antara Jianlian dan pelacur itu tersebar pada 17 Oktober lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara skandal seks, PSG pecat Jese Rodriguez Menurut wanita itu, dia juga mempunyai gambar bogel serta salinan kad pengenalan Jianlian. Jianlian didakwa mendapatkan perkhidmatan pengiring itu di sebuah hotel di China. Ekoran skandal tersebut, Jianlian turut kehilangan kontrak iklan dengan beberapa jenama terkenal. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube