suria

Logo Perodua mungkin tertera pada jersi Manchester United

Manchester United menghantar surat tajaan kepada Perodua.

JENAMA automotif tempatan, Perodua sedang menilai tawaran daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 20 kali, Manchester United mengenai potensi tajaaan.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata kelab gergasi itu ada menyatakan kesudian untuk meletakkan logo Perodua di jersi pasukan berkenaan.

“Baru-baru ini, saya ada menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo Perodua pada jersi mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal.

"Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,” katanya berseloroh pada sidang media di Saujana Golf and Country Club, Selangor pada Khamis.

Beliau turut ditanya mengenai minat Perodua dalam penajaan sukan, khususnya bola sepak tempatan.

Asmat berkata, minat daripada kelab bola sepak ternama seperti Manchester United menunjukkan Peordua semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kami akan mempertimbangkannya, terutama untuk bola sepak di Malaysia,” katanya.

Artikel Lain