PENYANYI rap terkenal, MK daripada kumpulan K-Clique diumumkan sebagai duta baharu untuk permainan atas talian, PUBG Mobile Malaysia. Melalui kerjasama bersama Warner Music Malaysia, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan akan tampil dengan dua lagu khas untuk PUBG Mobile yang akan digunakan ketika kejohanan e-sukan tahun ini. Selain itu, PUBG Mobile juga akan menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan MK di dalam permainan mereka antaranya adalah kostum MK, watak, pek suara, muzik di lobi dan pelbagai lagi yang akan diperkenalkan. ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak semarakkan Ramadan bersama Free Fire... kini bergelar duta pertama di Malaysia Ini bukanlah pertama kali PUBG Mobile bekerjasama dengan penyanyi ataupun kumpulan muzik. Tahun lalu mereka menganjurkan acara kolaborasi bersama kumpulan Kpop terkenal, Blackpink. Menurut PUBG Mobile, pemilihan MK adalah kerana penyanyi ini memiliki ramai pengikut sekaligus dapat menarik lebih ramai pengguna memuat naik aplikasi permainan itu. MK teruja jalin kerjasama dengan PUBG Mobile. Sementara itu, MK berkata dia teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan PUBG Mobile yang merupakan antara aplikasi permainan atas talian paling popular di dunia. "PUBG Mobile menyampaikan semangat dan inspirasi yang sama saya gunakan dalam muzik. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan berharap dapat membawa lebih ramai peminat menggunakan PUBG Mobile dan merasai sendiri kehebatan permainan ini. "Saya tak sabar untuk bermain di medan perang mendapatkan chicken dinner bersama anda semua. Nantikan lebih banyak kejutan daripada kolaborasi ini nanti," katanya. Mengikut perancangan, pemain dan peminat PUBG Mobile boleh mendengarkan lagu baharu dalam permainan itu secara rasmi pada Mei atau Jun nanti. Maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi laman web dan aplikasi media sosial PUBG Mobile dalam masa terdekat. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!