PUBG MOBILE National Championship (PMNC) telah menjadi satu pertandingan yang dinanti-nantikan oleh pemain sebagai sebahagian daripada rangkaian liga profesional. Bagi tahun 2021, PMNC dengan bangga mengumumkan kerjasama mereka bersama Yoodo dan juga Xiaomi.PMNC kali ini sekali gus membuka peluang pemain PUBG MOBILE yang ingin melayakkan diri ke PUBG MOBILE Pro League MY/SG Musim ke-4. PMNC 2021 akan bermula pada 1 Jun sehingga 18 Julai 2021 dan akan merangkumi beberapa kategori yang berbeza (Skuad, Solo dan Wanita) dan menawarkan hadiah tunai sebanyak RM100,000. Perlawanan kelayakan PMNC akan memberi peluang kepada pemain-pemain di seluruh Malaysia serta ia akan dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza iaitu Zon Erangel, Zon Sanhok, Zon Miramar dan Zon Karakin. Zon Erangel - Sabah, Sarawak, Kelantan. Zon Miramar - Perak, Penang, Perlis, Kedah. Zon Karakin - Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor. Zon Sanhok - Terengganu, Pahang, Johor, Melaka. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dengan ini, pasukan dan pemain yang layak dari kategori Skuad dan Solo akan mara ke Final Zon yang akan berlangsung selama empat minggu, yang mana mereka akan bertarung untuk mendapatkan slot ke Grand Final. Pada masa yang sama, Grand Final akan bermain dengan 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari kategori Skuad serta 16 pemain dari kategori Solo yang akan membentuk 4 pasukan sesama mereka. Tambahan juga, Grand Final ini akan berlangsung dengan perlawanan Final di mana pasukan yang layak daripada kategori Wanita bakal mengukuhkan lagi persaingan antara wanita di dalam industri e-sukan. Pendaftaran untuk kesemua kategori akan bermula pada 16 Mei 2021. “Yoodo teruja untuk meneruskan lagi peranan kami sebagai Telco Digital Rasmi untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC), terutamanya permulaan kami ke dalam dunia e-sukan bersama PMNC pada tahun 2018. "Kami mempunyai juara di antara pemain kami di dalam semua peringkat dan berbangga untuk mengumumkan kerjasama bersama PUBG MOBILE selama tiga tahun ini telah membuahkan hasil untuk membentuk pemain-pemain ini. "Pada masa yang sama, kerjasama ini telah menyumbang kepada peningkatan kepada ekosistem tanah air di Malaysia,” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun. Pengarah PUBG MOBILE SEA Oliver Ye berkata dengan siri PUBG MOBILE Pro League yang telah berlangsung dengan jayanya pada beberapa musim yang lepas, pihaknya teruja untuk memberikan lebih banyak peluang dan keterujaan kepada pemain PUBG MOBILE dan peminat permainan dalam talian ini. "PMNC akan menjadi suatu platform yang penting kepada mereka yang hendak bermain di PMPL MY/SG Musim ke-4. Pada masa yang sama, kami turut berbangga untuk bekerjasama bersama Yoodo dan juga Xiaomi bagi meningkatkan lagi PMNC ini, ” katanya. Untuk perjalanan ke PMPL MY/SG Musim ke-4, empat pasukan yang tertinggi dari Grand Final PMNC akan mendapatkan slot ke liga, manakala tempat ke-5 sehingga ke-10 akan mencuba sekali lagi dengan bermain sebagai pasukan Wild Card di Grand Final Perlawanan Kelayakan PMPL MY/SG, di mana 4 lagi pasukan akan mendapatkan slot ke liga tersebut. Pemain yang ingin menyertai PMNC boleh mendaftarkan diri melalui laman web rasmi PMNC. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!