suria

Cara Aliff Iskandar kawal ketagih game online - “Selalu main ML, PUBG empat jam sehari... saya ada buat jadual”

Aliff tetapkan masa dan buat jadual khas sebelum bermain permainan video.

JADUAL kerja yang padat serta kesibukan aktiviti harian bukanlah penghalang buat penyanyi baharu Aliff Iskandar meneruskan minat bermain permainan video.

Namun bagi mengelakkan ketagihan terhadap permainan video, Aliff, 20, berkata dia menyediakan jadual khas dan hanya menggunakan waktu senggang bagi memenuhi hobinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran seronok buat ‘drama’ live streaming, kagum ada streamer jana pendapatan lumayan melalui permainan video

"Saya memang minat bermain permainan video. Selalunya saya main Mobile Legends (ML) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) di telefon bimbit, sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan saya luangkan masa dalam tiga atau empat jam sehari.



Aliff ketika berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Maeps, Serdang sejak hujung April lalu.

"Memandangkan saya agak sibuk dengan kerja dan pelajaran, jadi saya sendiri tetapkan masa untuk main game, selepas empat jam saya terus berhenti.

"Saya tetapkan jadual sebab tak nak terlebih waktu... ini antara cara saya nak elakkan ketagihan permainan video. Alhamdulillah buat masa ini saya masih berdisiplin mengikut jadual yang ditentukan itu," katanya kepada mStar.

Saya harap adik-adik di luar sana yang minat main game bolehlah buat jadual dan tetapkan sendiri berapa lama mereka nak main!

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Perit ini mengakui permainan video sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kerja yang dilalui olehnya seharian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi permainan video atas talian juga dia dapat menambah lebih ramai kenalan baharu dan dalam masa sama merapatkan hubungan dengan rakan-rakan.

"Banyak kelebihan main game online ini antaranya saya dapat kurangkan tekanan kerja atau belajar... memang hilang stres. Selain itu saya jumpa ramai kawan baharu yang kongsi minat sama.

Aliff berdisiplin patuhi masa yang ditetapkan.

"Pada saya permainan video ini sudah menjadi kegilaan ramai remaja dan budak-budak sekarang, maklumlah kita pun dah berada dalam zaman teknologi, jadi memang ia dah menjadi sebahagian minat mereka.

"Melalui video game kita boleh enjoy dan bersuka ria... tapi dalam seronok itu janganlah main sampai tak ingat dunia pula sebab takut ketagihan dan buatkan hari kita jadi tak produktif.

"Saya harap adik-adik di luar sana yang minat main game bolehlah buat jadual dan tetapkan sendiri berapa lama mereka nak main. Ini dapat membantu supaya tak terjebak ketagihan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain