suria

Virtual Bundesliga International Series 2021: Lothar Matthäus anggap Liga Juara-Juara makin sengit, sukar diramal

Lothar merasakan saingan bola sepak di dalam Liga Juara-Juara semakin sengit dengan kebanyakkan pasukan mempamerkan peningkatan.

VIRTUAL Bundesliga International Series 2021, merupakan siri permainan e-sukan di mana pemain dari seluruh dunia dapat bersaing dengan pasukan Bundesliga kegemaran mereka untuk menjadi Juara Siri Antarabangsa dalam permainan FIFA 21 dan FIFA Online 4.

Kini pada siri keempatnya, Siri Antarabangsa VBL adalah salah satu e-sukan yang dikenali ramai.

Siri Antarabangsa VBL adalah kejohanan siri buat peminat e-sukan dalam permainan bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo RSG MLBB juara Liga Profesional Mobile Legends musim ketujuh, bawa pulang hadiah wang tunai RM103,190

Lagenda bola sepak Jerman iaitu Lothar Matthäus, Pemain Terbaik Dunia FIFA tahun 1990 berkongsi tentang keadaan pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara.

Bekas kapten Jerman itu boleh dikatakan pemain serba boleh, seperti menjaringkan gol menggunakan kedua-dua belah kakinya serta menjaringkan gol daripada sepakan bebas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pertama sekali, Bayern Munich merupakan pasukan yang hebat, tetapi di Eropah, terdapat banyak pasukan hebat yang lain, misalnya seperti di England, mereka mempunyai lima atau enam pasukan yang kualitinya mampu beraksi di Liga Juara-Juara.

"Di Perancis, Paris Saint Germain, AS Monaco atau Olympique de Marseille juga antara pasukan hebat.

"Dari Itali, Sepanyol juga selalu ada empat pasukan besar dan semua pasukan ini bermimpi untuk mendapatkan gelaran Liga Juara-Juara, ini bermakna anda tidak boleh menang setiap tahun kerana semua pasukan mengimpikan untuk menjadi juara Liga Juara-Juara," katanya kepada mStar.

Lothar Matthäus pernah memenangi Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 1990

Pada zaman kegemilangan Lothar, dia bersaing hebat bersama mendiang Diego Maradona dalam membuktikan siapakah pemain terbaik dunia pada waktu itu.

Kata Lothar, saingan dalam Liga Juara-Juara kini semakin sengit dan peluang untuk ke final Liga Juara-Juara sentiasa terbuka.

"Terdapat juga 10 atau 12 pasukan yang melaburkan wang banyak untuk menjadi pasukan yang terbaik dalam Liga Juara-Juara.

"Mereka mendapat banyak sokongan dari peminat yang memberikan mentaliti pemain mereka berada pada tahap tertinggi.

"Seperti Ronaldo dan Messi, mengejutkan apabila mereka terkeluar dari Liga Juara-Juara seawal pusingan kedua.

"Perlawanan suku akhir tanpa keberadaan Ronaldo dan Messi tidak mungkin berlaku di tahun-tahun sebelumnya, tetapi ini menunjukkan bahawa pasukan lain sudah bertambah baik," ujarnya.

Tambah Lothar, Chelsea antara pasukan yang mencipta kejutan musim ini, kerana kali terakhir ia ke final adalah sembilan tahun yang lalu dan kini kembali ke final.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain