suria

Dah kahwin bukan alasan tinggalkan dunia esport! Fara Hezel sokong minat suami buat live streaming - “Boleh izinkan tapi kena ada komunikasi”

Fara Hezel sentiasa memberikan sokongan kepada suaminya yang minat permainan video atas talian.

SUDAH berkahwin dan memiliki keluarga bukanlah alasan untuk seseorang meninggalkan dunia esport atau permainan video atas talian.

Dalam hal ini, penyanyi Fara Hezel berkata dia memberikan sokongan penuh kepada suaminya iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin untuk meneruskan minat dalam bidang ini.

"Dia memang minat main PUBG, ML dan GTA... sejak bulan Januari sehingga sekarang dia buat aktiviti live streaming dari pukul 9 malam sampailah 3 pagi di akaun Facebook, TeeKay.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran seronok buat ‘drama’ live streaming, kagum ada streamer jana pendapatan lumayan melalui permainan video

"Sebelum kahwin lagi saya tahu dia minat esport, jadi saya okay sahaja dia teruskan minat itu sebab kita pun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), daripada tak buat apa-apa biarlah dia streaming games.

"Kalau dia sedang stream saya memang tak kacau... sebab saya pun ada minat sendiri iaitu layan movie, jadi tak ada masalah! Lagipun dia streaming dalam rumah saja tak pergi mana," katanya kepada mStar.



Fara sokong minat suami terhadap dunia esport.

Sementara itu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini mengakui banyak nilai positif yang ada pada suaminya selepas berkecimpung dengan dunia live streaming antaranya memperbaiki cara berkomunikasi di hadapan orang ramai.

"Banyak benda positif saya nampak sepanjang suami aktif streaming ini antaranya dia dapat perbaiki cara percakapan menjadi lebih lancar.

Boleh izinkan suami main tapi kena ada komunikasi termasuklah jaga masa... waktu berdua tu kena ada walau macam mana pun.

FARA HEZEL

PENYANYI

"Bukan sekadar main game, suami juga ada berkongsi ilmu dengan orang lain, ada selitkan perbincangan mengenai isu semasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Penonton yang tengok live pun boleh bertukar pandangan sesama mereka... malah, menerusi live streaming ini bolehlah dia jana pendapatan sikit.



Kamal luangkan masa live streaming setiap hari menerusi akaun Facebook miliknya TeeKay.

"Pesanan saya untuk isteri yang ada suami kaki games... boleh izinkan suami main tapi kena ada komunikasi termasuklah kena pandai jaga masa, waktu berdua kena ada walau macam mana pun," ujarnya.

Fara berkahwin dengan ahli perniagaan dari Terengganu itu pada 20 Disember 2019.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin kini berusia lapan bulan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain