suria

PUBG Mobile jana RM1.12 bilion pada Ogos, Free Fire muncul permainan mudah alih terlaris di Play Store

PUBG Mobile muncul permainan mudah alih terlaris pada Ogos 2021

DALAM laporan terbaru laman web penganalisis data Sensor Tower, permainan mudah alih Battle Royale yang terkenal, Tencent PUBG Mobile menguasai carta pendapatan permainan mudah alih dunia pada Ogos 2021, dengan memperoleh pendapatan AS$270 juta (RM1.12 bilion).

Ini adalah bulan kedua berturut-turut PUBG Mobile berada di puncak carta.

Permainan ini menghasilkan AS$299 juta (RM1.24 bilion) pada Julai 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile kuasai carta permainan mudah alih terlaris bagi Julai 2021

Satu lagi permainan Battle Royale popular, Free Fire oleh Garena pula menjadi permainan mudah alih terlaris di Google Play Store.

Hasil kejayaan bulan Ogos ini sekali gus telah melonjakkan Free Fire ke tempat keenam dalam senarai keseluruhan.

Perbelanjaan pemain dalam industri permainan mudah alih meningkat 8.6 peratus tahun ke tahun pada bulan Ogos 2021, apabila memperoleh AS$7.7 bilion (RM31.9 billion) dari App Store dan Google Play store.

12c2c-16311243673801-800

Permainan mudah alih teratas dengan pendapatan seluruh dunia untuk Ogos 2021 (Imej daripada Sensor Tower)

Amerika Syarikat menyumbang 28 peratus dari keseluruhan pendapatan, dengan kira-kira AS$2.1 bilion (RM8.7 bilion).

Jepun menduduki tempat kedua dengan pendapatan 20.8 peratus, diikuti oleh China (di mana Google Play tidak tersedia) pada 17.5 peratus.

Namun, permainan lain juga akan menyaksikan pengurangan pendapatan, kerana China adalah pasaran terbesar untuk permainan mudah alih. -sportskeeda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain