PERMAINAN Free Fire x Money Heist Final Episode: Raid and Run! sedang berlangsung sehingga kini. Surviors di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam pelbagai misi solo dan berpasukan sejak 3 Disember lalu. Misi permainan tersebut adalah untuk membantu Profesor dalam satu rompakan untuk menyerbu emas di Bermuda. Pemain masih boleh merebut hadiah eksklusif seperti Red Robster Bundle. Cepat bertindak, kerana tempoh misi ini terhad dan tersedia sehingga 14 Disember sahaja. Pastinya pemain dan peminat tidak mahu terlepas semua ganjaran dan item eksklusif yang tersedia pada 11 Disember ini. Papan luncur Free Fire x Money Heist akan diberikan kepada semua pemain yang log masuk pada hari ini. Beg galas Free Fire x Money Heist - Team Heist juga akan diberikan kepada pemain yang bermain sekurang-kurangnya 60 minit dari 11 Disember hingga 12 Disember. Konsisten adalah kunci! Semua pemain yang terlibat secara aktif dalam misi Royal Mint berpeluang mendapat ganjaran yang lumayan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI