suria

PUBG Mobile dan Honor of Kings ungguli carta perbelanjaan pemain tahun 2021

Permainan mudah alih PUBG Mobile merupakan permainan mudah alih teratas dari segi kutipan perbelanjaan pemain.

TAHUN 2021 semakin hampir ke penghujung dan permainan mudah alih telah mencapai peningkatan hasil yang tinggi.

Laman web analisis data terkenal Sensor Tower meramalkan bahawa permainan mudah alih akan menjana hampir AS$90 juta (RM379.4 juta) hasil tahun ini.

PUBG Mobile dan Honor of Kings, kedua-duanya berasal daripada syarikat Tencent merupakan dua permainan teratas yang telah melepasi nilai AS$2 bilion (RM8.4 bilion) dalam pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile jana RM1.12 bilion pada Ogos, Free Fire muncul permainan mudah alih terlaris di Play Store

Permainan MOBA Honor of Kings menyaksikan peningkatan anggaran sebanyak 15 peratus dan memperoleh hasil AS$2.8 bilion (RM11.8 bilion).

Honor of Kings baru-baru ini menjadi permainan mudah alih pertama yang mencecah AS$10 bilion (RM42 bilion) perbelanjaan para pemain dan mengambil masa lebih lima tahun untuk mencapai pencapaian yang luar biasa ini.

Genshin Impact, permainan RPG aksi popular oleh miHoYo yang dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2020 telah menunjukkan perkembangan dan kemajuan hebat dalam dunia permainan mudah alih.

Permainan ini yang agak popular di China, Amerika Syarikat dan Jepun, mengumpul AS$1.8 bilion (RM7.6 bilion) dalam perbelanjaan pemain.

Capture

Kedudukan ranking perbelanjaan pemain dalam permainan mudah alih bagi tahun 2021

Di kedudukan empat dan lima ialah Roblox dan Coin Master, kedua-duanya telah melepasi satu bilion dolar dalam hasil untuk tahun kedua berturut-turut.

Meraih pendapatan sama pada AS$1.2 bilion (RM5.1 bilion), permainan popular Pokémon Go yang meraikan ulang tahun kelimanya tahun ini, turun tiga anak tangga ke tempat keenam.

Garena's Free Fire, satu lagi permainan battle royale yang sangat popular, juga melepasi paras AS$1 bilion (RM4.2 bilion).

Pada 28 September, Garena turut melancarkan versi permainan baharu dan dipertingkatkan yang dipanggil Free Fire Max.

Uma Musume Pretty Derby, yang dikeluarkan pada Februari tahun ini secara eksklusif di Jepun, juga mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencapai hampir AS$965 juta (RM4.07 bilion) dalam perbelanjaan pemain. -sportskeeda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain