suria

Nantikan perkara tak dijangka di pusingan akhir Free Fire Challenger Series Malaysia

Pemenang FFCM bakal membawa pulang wang tunai RM125,000 serta menerima jemputan terus ke MCP seterusnya.

PEMINAT esport Free Fire tempatan boleh menjangkakan sesuatu yang hebat daripada Free Fire Challenger Series Malaysia (FFCM) pada 5 Februari ini.

Kejohanan sulung itu akan menamatkan pertandingan peringkat liganya pada Ahad, 30 Januari.

Sebanyak 18 pasukan bertanding untuk menempah tempat dalam kelompok 12 terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi sulung 2022... pemain Free Fire bakal rasai pengalaman luar biasa bersama Assassin’s Creed

ARTIKEL BERKAITAN: Check-out Free Fire x Money Heist crossover... Final Episode: Raid and Run

Pasukan yang layak kemudian akan mara ke pusingan akhir dalam persaingan untuk merebut gelaran kejuaraan FFCM.

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM125,000 dan menerima jemputan terus ke MCP seterusnya (Malaysia, Kemboja, Filipina)

Selain itu, Survivor akan mendapat peluang untuk mengundi bagi ganjaran pencapaian tertinggi penonton pilihan mereka.

Semuanya akan didedahkan pada pusingan akhir, yang berlangsung pada 5 Februari, 8 malam di Facebook dan Youtube

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang FFCM, boleh lawati Facebook rasmi Free Fire, YouTube dan halaman Instagram.

Artikel Lain