suria

Cepat! Pendaftaran PUBG Pro League (PMPL) musim ke-5 berakhir sehari lagi

Pendaftaran PUBG Pro League (PMPL) yang ditunggu-tunggu telah dibuka.

PERMAINAN mudah alih PUBG Mobile tidak lagi dianggap remeh, kerana e-sukan kini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa seperti mana sukan-sukan lain.

PUBG Mobile Esport Malaysia telah menganjurkan pelbagai pertandingan dan aktiviti e-sukan bertujuan melahirkan pasukan dan pemain bertaraf profesional yang berpeluang bersaing di peringkat antarabangsa.

PUBG Mobile juga menyediakan platform untuk pemain-pemain PUBG tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile tawar ganjaran 100,000 UC buat kali ke-2 sempena kedatangan 2022

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile dan Honor of Kings ungguli carta perbelanjaan pemain tahun 2021

Aktiviti e-sukan melibatkan kerjasama antara pemain, pengurus dan penaja, sekali gus memupuk semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan antara pemain.

Terbaharu, PUBG Mobile telah melancarkan pendaftaran untuk pertandingan PUBG Pro League (PMPL) musim kelima.

Buat kali pertama PMPL akan disertai oleh peserta dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Singapura.

Pendaftaran kelayakan PUBG Mobile Pro League musim kelima akan berakhir pada 9 Januari 2022.

Pemain yang berada pada tahap rank Ace dan ke atas sahaja mampu merebut peluang dalam PMPL musim ini.

Dalam pada itu, PUBG Mobile baru-baru ini telah meraikan tahun baharu 2022 bersama peminat di tiga pusat beli-belah terkemuka iaitu IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid.

3

Antara gelagat peminat PUBG Mobile yang hadir ke sambutan tahun baru 2022 bersama PUBG Mobile.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung yang hadir antaranya kehadiran idola e-sukan seperti Firdaus Hashim (MasterRamen), Hakim Saddar, Roslinda Embran (Missrose), Sahrul Daulay (Pemburu7) dan Intan Serah.

Bukan itu sahaja pengunjung juga berpeluang bergambar dengan watak-watak dalam PUBG Mobile dan juga Spiderman.

Menariknya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial menggunakan tanda pagar rasmi seperti #WinnerWinnerHappyNewYear, #PUBGMOBILE, #PUBGMXChristmas dan #PUBGXSpiderman berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Pemenang bertuah akan diumumkan menerusi laman web rasmi PUBG Mobile Malaysia.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!