DEBARAN kemuncak Anugerah Esports 2022 semakin terasa. Majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri e-sukan bakal berlangsung di Teater Resorts World di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 13 Disember. Calon-calon untuk setiap kategori telah pun diumumkan, termasuk saingan bagi 'Streamer of the Year'. Ia merupakan anugerah paling berprestij yang boleh dimenangi oleh streamer Twitch dan YouTube. Beberapa nama dalam senarai itu bukan asing, termasuk Dr Disrespect, yang memenangi anugerah pada 2017 dan 2019, dan Ibai yang memenanginya pada 2020 dan 2021. Asmongold dan Valkyrae juga turut dalam senarai. Bagaimanapun, terdapat juga lapan yang lain dalam saingan, di mana beberapa daripadanya belum pernah dicalonkan sebelum ini. Berikut adalah 12 steamer yang merebut peluang bagi membawa pulang hadiah. Alexandre 'Gaules' Borb Asmongold David 'TheGrefg' Martínez DrDisrespect Ibai 'Ibai' Llanos Pencalonan bagi kategori 'Streamer of the Year'. Kammeto Nicholas 'NICKMERCS' Kolcheff QTCinderella Rachell 'Valkyrae' Hofstetter Tarik 'tarik' Celik Timothy 'TimTheTatman' Betar Tyler 'loltyler1' Steinkamp Mengenai ramalan peminat, ramai yang bersepakat memilih Ibai kerana kelebihannya. Ibai bukan sahaja mempelbagaikan kandungannya dengan lebih banyak yang menyaksikan penontonnya bertambah, malah dia juga memecahkan rekod penonton serentak sepanjang masa semasa mengacarakan acara tinju pada 25 Jun lalu. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada para peminat untuk membuat undian. Jika anda ingin memilih bakal pemenang, anda boleh berbuat demikian di laman web Anugerah Esports. Pengundian kini dibuka dan dijangka berterusan sehingga November depan. - Dot Esports Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI