MENYUMBANG satu pingat emas pada Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) 2022 di Birmingham, England, baru-baru ini, Mohd Nor Haikal Mohd Noh semakin optimis terhadap pertumbuhan sukan ini di Malaysia. Penyertaan Mohd Nor Haikal dalam Sukan Komanwel buat pertama kali dan meraih emas, merupakan satu kejayaan besar bagi dirinya dan juga kontinjen Malaysia. "E-sukan di Malaysia kini lebih maju kerana ia merupakan sukan teras dalam acara sukan di Asia dan dunia. "Saya percaya pada masa akan datang, ia akan lebih maju dan bukan sekadar bermain permainan. ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan E-Sukan Komanwel: Kontinjen Malaysia pertaruh 13 wakil "Ia boleh dibangunkan menjadi entiti perniagaan, komersial dan pemasaran yang memberi manfaat kepada sukan itu," katanya lagi. Kerja keras Mohd Nor Haikal membuahkan hasil yang lumayan apabila muncul sebagai pemenang kategori eFootball. Mohd Nor Haikal menewaskan pemain Scotland Gary McInnes pada pusingan akhir dan membawa pulang pingat emas. Sementara itu, dua lagi emas kontinjen E-Sukan Malaysia disumbangkan oleh skuad Dota 2 wanita dan skuad Dota 2 lelaki. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI