suria

Suicide Squad: Kill the Justice League temui peminat tak lama lagi, 4 karakter jadi pertaruhan

Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada 26 Mei 2023.

SUICIDE Squad: Kill the Justice League merupakan permainan video terbaharu yang dijangka menemui peminat tidak lama lagi.

Dibangunkan oleh Rocksteady, permainan ini akan menampilkan kelainan dengan tumpuan terhadap empat karakter iaitu Kapten Boomerang, King Shark, Harley Quinn dan Deadshot.

Bagi mod permainan, Suicide Squad: Kill the Justice League boleh dimainkan secara berseorangan (pemain solo) dan juga secara berkumpulan bersama rakan-rakan.

Pemain solo boleh bertukar antara empat watak pada bila-bila masa, sama seperti kaedah yang digunakan dalam permainan Arkham Knight yang dibangunkan Rocksteady sebelum ini.

Bagi yang sudah tidak sabar menanti kemunculan permainan itu, Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada 26 Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dah tak sabar! Ini 4 permainan video paling ditunggu-tunggu sepanjang 2023

Tarikh terbaharu itu didedahkan ketika The Game Awards 2022, yang mana ia sepatutnya dilancarkan tahun lalu namun telah ditunda, lapor NME.

Menurut Games Hub pula, Suicide Squad: Kill the Justice League tersedia untuk dimaikan menggunakan PlayStation 5, Xbox Series X/S dan Windows PC.

Setakat ini, pembangun tidak merancang untuk mengeluarkan permainan itu pada konsol generasi terdahulu, atau Nintendo Switch.

Selain Suicide Squad: Kill the Justice League, permainan video Hogwarts Legacy, Like a Dragon: Ishin dan Dead Island juga dijangka dilancarkan pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain