suria

Pemain muda PUBG negara individu kedua terima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan

Seorang pemain PUBG negara menerima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan.

PERMAINAN video sentiasa mendapat tempat di hati peminat arena e-sukan negara sehingga ada yang berjaya menempa nama di persada dunia.

Terbaharu seorang pemain PlayerUnknown Battleground (PUBG) mewakili menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Muhammad Izzudin Hashim atau lebih dikenali sebagai 'Jumper' bukan nama asing lagi di dalam arena e-sukan negara malah salah seorang pemain PUBG terbaik di Malaysia.

Anak muda kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menerima anugerah pingat itu daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar di Seri Meranti, Rabu.

Pingat ini diberikan kepada sesiapa yang berjasa kepada negeri serta menonjolkan bakat di luar biasa.

Pencapaian lain Izzudin termasuklah pernah mewakili Malaysia dalam kategori individu dan pasukan untuk acara PUBG Mobile di Sukan SEA ke-31, Vietnam.

Mewakili pasukan 4Rivals, dia turut mempamerkan prestasi cemerlang pada acara PUBG Mobile Global Championship 2022.

Secara rasminya, Jumper muncul sebagai individu kedua yang menerima Pingat Jasa Kebaktian selepas Soloz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain