DEMI mendapatkan baucar atas talian bagi permainan video, tiga kanak-kanak lelaki akhirnya menjadi mangsa cabul penganggur berusia 20 tahun. Ketua Polis Telukbetung Selatan, Adit Priyanto berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun itu bukan sahaja menjanjikan baucar permainan atas talian malah memperdaya kesemua mangsa dengan ‘duit upah’. “Perbuatan terkutuk terhadap mangsa dilakukan di rumah suspek semasa dia tinggal bersendirian. “Dia pada awalnya mengadu sakit dan memerlukan bantuan sebelum melakukan pencabulan terhadap mangsa,” ujarnya. Suspek juga dikatakan menggunakan alasan yang sama untuk memperdayakan kesemua mangsanya. Kejadian yang berlaku itu membuatkan mereka semua berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Malah suspek dikatakan cuba untuk mengulangi perbuatan terkutuk dengan mangsanya di sekolah. “Disebabkan itu, salah seorang bapa mangsa melaporkannya ke pihak polis,” ujarnya. Suspek kemudiannya ditanan pada 11 Mei lalu ketika dia sedang menunggu salah seorang mangsa di hadapan sekolah. Jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube