suria

Tak semestinya sertai kejohanan e-sport... Ini 5 idea ‘buat duit’ jika anda mahir, minat main game

Hobi bermain permainan video boleh menjana kewangan jika dilakukan dengan betul. -Gambar hiasan The Star

MENJADIKAN hobi sebagai sumber pendapatan bukanlah sesuatu yang pelik, sebaliknya telah lama dibuat oleh mereka yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu perkara.

Seperti kraftangan dan seni fotografi, bermain permainan video juga merupakan satu kemahiran yang boleh menjana kewangan kepada peminatnya.

Skopnya juga meluas, tidak terhad kepada penyertaan pertandingan e-sport semata-mata.

Bagi 'kaki gaming' yang ingin menjana pendapatan daripada hobi, bolehlah mencuba beberapa tip daripada makeuseof.com ini. Seronok dapat, duit pun dapat!

1. Menjadi pemain profesional kejohanan dan e-sport

Paling mudah adalah dengan memahirkan diri dengan permainan video yang ada dan sertai kejohanan yang dianjurkan.

Kejohanan adalah perkara biasa untuk PvP (player versus player), seperti permainan pertarungan.

Sudah tentu, lebih popular permainan, lebih besar hadiah yang ditawarkan. Jika anda cukup mahir untuk menyertai organisasi e-sport, anda mungkin boleh memperoleh gaji yang sesuai melalui kemenangan dan tajaan.

Kebanyakan pemain yang berdaya saing juga mengambil kesempatan daripada strim langsung untuk pendapatan tambahan.

Penyertaan dalam kejohanan dapat menyumbang kepada sumber pendapatan jika menjadi juara. -Gambar hiasan The Star/Ronnie Chin

Penyertaan dalam kejohanan dapat menyumbang kepada sumber pendapatan jika menjadi juara. -Gambar hiasan The Star

2. Dapatkan bayaran untuk permainan strim langsung

Sesiapa sahaja boleh menstrim permainan mereka dalam masa nyata untuk dilihat oleh dunia dan dengan laluan ini, anda dapat membina sasaran pelanggan yang ramai serta setia.

Platform terbesar untuk penstriman ialah Twitch, tetapi YouTube juga boleh dijadikan pilihan.

Tambahan pula halangan masuk untuk penstriman agak rendah, jadi apa yang anda perlukan ialah komputer dan beberapa permainan yang ingin ditonton di samping personaliti yang menarik serta perisian penstriman.

Pastikan kelajuan muat naik internet anda cukup pantas untuk mengendalikan strim.

3. Buat tutorial atau panduan permainan video

Ramai pendatang baharu dalam permainan tertentu suka membaca panduan, terutamanya untuk tajuk PvP.

Oleh itu, terdapat pasaran untuk mendapatkan wang dengan memberikan maklumat berguna yang ingin dipelajari oleh mereka.

Anda boleh mengambil beberapa laluan untuk panduan permainan, seperti membuat tapak web untuk panduan bertulis, memuat naik panduan video ke YouTube atau menerbitkan panduan sebagai e-buku.

Dua cara yang pertama di atas sering boleh 'buat duit' dengan iklan atau derma, manakala laluan e-buku memperoleh hasil melalui jualan.

Hasilkan tutorial dan panduan untuk pemain baharu menerusi YoutTube atau media sosial. -Gambar hiasan The Star/Samuel Ong

Hasilkan tutorial dan panduan untuk pemain baharu menerusi YoutTube atau media sosial. -Gambar hiasan The Star

4. Anjur podcast permainan atau saluran YouTube

Langkah ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai banyak idea menarik.

Salurkannya menerusi rancangan harian, mingguan atau bulanan yang berkaitan dengan permainan.

Ia boleh menjadi perbincangan meja bulat berasaskan pendapat, satu siri temu bual dengan pemain berprofil tinggi, petua dan helah untuk permainan tertentu atau apa-apa lagi yang menarik.

Podcast dan video YouTube boleh dijana dengan iklan.

5. Menulis tentang permainan video

Cabar diri anda dengan menulis tentang permainan video yang sedang dimainkan.

Anda boleh sertai tapak sedia ada atau lancarkan tapak anda sendiri dengan mula menulis ulasan tentang genre atau industrinya.

Jika menulis untuk tapak sedia ada, anda boleh mendapat bayaran setiap artikel sebagai pekerja bebas tapi bagi tapak sendiri, anda boleh mendapat wang dari trafik dengan iklan, langganan Patreon atau yang serupa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain