JUARA bertahan Sepanyol, tiba di La Rochelle berhampiran kem utama Euro 2016 dengan imej kemas dan bergaya. Biarpun juara dua kali itu tewas pada kepada Georgia pada aksi pemanas badan pada Selasa lalu, skuad Vicente Del Bosque itu tetap dilihat pencabar utama saingan kali ini. Vicente del Bosque Pun begitu, Del Bosque mengakui dia kecewa dengan kekalahan kepada pasukan di ranking ke-137 dunia itu. "Perlawanan itu mempunyai peluang cerah untuk meningkatkan tahap keyakinan di antara satu sama lain. "Cuma kecewa apabila kita tidak mampu menjaringkan gol," jelasnya terhadap kekalahan tipis 1-0 kepada Georgia. Namun Del Bosque tidak mahu apa yang berlaku itu merosakkan perancangannya di Paris ini. Alvaro Morata "Kami telah melakukan sesuatu yang baik sebelum ini. Jadi saya tidak mahu menjadi pesimis," ujarnya. Sepanyol berada dalam Kumpulan D bersama Republik Czech, Turki dan Croatia.