DIMITRI Payet tidak dapat menahan air matanya selepas menjaringkan gol kemenangan buat negaranya Perancis pada aksi pembukaan Euro 2016 bertemu Romania, awal pagi Sabtu. Kemenangan 2-1 pasukan tuan rumah ini amat penting sebagai aksi pembukaan kejohanan empat tahun sekali ini, malah ia merupakan gol pertama Payet dalam tempoh 369 hari. Pemain tengah West Ham ini melakar gol kemenangan pada minit ke-89 selepas kedudukan terikat seri 1-1. Sebelum itu, Olivier Giroud menyumbang gol pertama pada minit ke-57 setelah kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang jaringan pada separuh babak pertama. Namun pasukan lawan, berjaya menyamakan kedudukan lapan minit selepas itu menerusi sepakan penalti oleh Bogdan Stancu dengan memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Hugo Lloris. Sementara itu, Payet menjadi pemain West Ham yang ketiga menjaringkan gol pada aksi Euro selepas dua pemain England, Geoff Hurst dan Geoff Hurst. Perancis akan meneruskan aksi kedua peringkat kumpulan bertemu Albania Rabu ini sebelum melayan Switzerland pada Ahad.