suria

Kami Tak Suka Wales - Wilshere

PEMAIN tengah England, Jack Wilshere mendedahkan bahawa tidak ada perasaan 'sayang' terhadap Wales menjelang perlawanan peringkat Kumpulan B Jumaat ini.

Wilshere membuat maklum balas terhadap komen Gareth Bale minggu lalu yang mengkritik England yang kurang bersemangat.

"Saya sedar yang Wales tidak sukakan kami. Adakah kami suka mereka? Tidak juga!" jelas Wilshere.

"Kami sedar perlawanan akan menjadi lebih sengit dan pasti juga berlaku perebutan. Ia seperti aksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Tetapi ia akan memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai jiwa bersemangat. 

"Kami di sini untuk menang dan ada tugas. Jika kami  tunjukkan prestasi yang baik dan menang, kami berada dalam situasi yang baik".

Keputusan seri 1-1 ketika aksi bertemu Rusia minggu lalu di Marseille meletakkan England di kedudukan kedua di belakang Wales yang menang 2-1 ke atas Slovakia.

"Kami perlu buat seperti malam lalu (bertemu Rusia). Apabila kami kehilangan bola, kami perlu menghalang mereka daripada menyerang dan cuba cuba dapatkan bola kembali.

"Kami telah menunjukkan prestasi memuaskan sebelum ini dan ianya semakin baik."

Euro2016, Jack Wilshere, England

Artikel Lain