suria

Euro: Empat Jurulatih Terkenal Malaysia Jangka Perancis Juara

Perancis bakal menentang Portugal dalam aksi final euro 2016
PETALING JAYA: Empat jurulatih terkenal negara yakin Perancis mampu menjuarai saingan Euro 2016 menjelang pertemuan dengan Portugal pada aksi final, awal pagi Isnin.

Azraai Khor

Jurulatih yang berjaya memenangi double-treble, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata Perancis berpotensi untuk bergelar juara kerana memiliki pemain muda berkaliber seperti Paul Pogba.

“Sudah semestinya saya sokong Perancis memandangkan Pogba tampil menyerlah pada saingan euro kali ini.

“Walaupun dia tiada dalam senarai penjaring terbanyak tetapi kali ini rezeki banyak berpihak padanya seolah-oleh dia berada di masa dan tempat yang betul,” katanya.

Bagi pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim pula menyifatkan Perancis menerima sokongan luar biasa dari peminat selaku tuan rumah selain mempunyai kekuatan barisan pemain yang kuat.

Irfan Bakti

“Perancis pernah menjuarai euro 1984, jadi tidak mustahil kali ini mereka akan mencipta rekod tersebut sekali lagi apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Kalau kita tengok di bahagian serangan, gandingan pemain Antoine Griezmann serta Olivier Giroud amat baik dan sedikit sebanyak menjadi nadi pasukan Perancis,” katanya.

Selain itu, jurulatih yang pernah memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik sebanyak dua kali, K Devan berkata prestasi pasukan Perancis stabil dan memberangsangkan.

K. Devan (kanan) memberi arahan kepada pemain di padang

“Saya meramalkan Perancis menjuarai euro kali ini kerana prestasi yang ditonjolkan begitu baik sekali menerusi perlawanan sebelumnya.

“Bahagian pertahanan juga sangat stabil dan tidak banyak perubahan dilakukan kerana Patrice Evra masih beraksi sebagai pertahanan kiri.

“Cuma pemain Perancis perlu beri perhatian kepada Cristiano Ronaldo dan Nani kerana jika mereka dapat banyak ruang dan peluang, Portugal mampu rampas kejuaraan yang didamkan,” katanya.

Bojan Hodak

Jurulatih kelahiran Crotia, Bojan Hodak juga memilih Perancis sebagai juara kerana mengakui kehebatan pemain Antoine Griezmann dan Dimitri Payet.

“Sebelum Euro lagi, media tanyakan ramalan dan saya katakan Perancis akan menentang Jerman di final. Tekaan saya hampir tepat jadi saya percaya Perancis akan menang kali ini.

“Payet pasti lakukan yang terbaik untuk final dan Griezzman boleh menghasilkan kejutan. Dua pemain ini mampu memberikan kejuaran,” katanya.

Apabila ditanya mengenai ramalan jaringan antara Perancis dan Portugal pada aksi tersebut, Azraai Khor dan Irfan Bakti menjangkakan Perancis menang 1-0 manakala Devan dan Bojan Hodak pula meletakkan 2-0.

euro2016, perancis

Artikel Sebelum

Pele Temui Cinta Sejati

Artikel Berikut

Artikel Lain